Friday, January 06, 2012

Sekali Lagi

Sambungan dari karangan ini ;p

Nyaring suara Ella mengganggu telinga saya. Nombor KL.

"Hello." Nampak tak sifat mazmumah menjawab panggilan tak dimulakan dengan salam? Teheeee.

Sapaan dibalas sekali dua dan tup tup, terus senyap. Aku perasan dua-tiga kali ada panggilan tak berjawab dari nombor KL. Mungkin dari nombor yang sama. Langsung tak terfikir dari pejabat di UIA!

Sekali lagi suara Ella menyapa pendengaran.

"Hello." Terzahir lagi sifat mazmumah. Eh, sila perhatikan tajuk karangan. Sekali Lagi.

"Ini sister Anis Amirah?" "Ya."
"Ini ustazah XXX (tak jelas -_-) dari Leadership and Training Department blablabla..." 

Dialog bagai berskrip, kan? Memang. Memang aku yakin begitulah ayatnya tetapi tak terlalu pasti kerana masih berdebar hatiku saat menjawab panggilan. Bimbang dituntut saman. Ouchh! Persoalannya, adakah LTD yang menguruskan bahagian saman? Sudah tentulah tidak. Hahaha.

Nampaknya saya 'tertipu'. Nombor telefon LTD yang sudah disimpan di telefon bimbit berpangkal 06, kerana saya adalah pelajar tegar Nilai. Dan panggilan yang baru saya terima berpangkal 03. Sudah tentulah, kerana sekarang semuanya di bawah kawalan pengurusan UIA PJ. Tskk.

Sekali lagi dilantik menjadi fasilitator. Keluhan yang sekali lagi ini sama seperti keluhan dulu. Diberi tarikh untuk mengambil surat perlantikan, diarahkan untuk ke kursus fasilitator berjaya (?), Fastrain. Lebih malang lagi, tanpa dia. Kerana aku dah membiasakan diri. Study circle bermaksud, aku dan dia. Hmpfft. Tak mengapa, kawan kita boleh cari. Cuma sifat bertanggungjawab yang kita runsingkan, di mana agaknya ia berada -____-

Apakah agaknya persamaan panggilan pertama yang diterima dahulu dengan yang sekali lagi ini? Saya sedang tidur sewaktu menerima panggilan. Kerana itulah suara nyaring Ella dikatakan mengganggu. Kerana itulah saya tidak mendengar dengan jelas nama pemanggil. Hahaha.




Kalau ada kebaikan, sebarkanlah :D

0 Aksara:

Post a Comment

seronoknya saya kalau dapat kata-kata dari awak :')