Thursday, January 05, 2012

19 Tahun Terakhir


Hari terakhir saya bergelar belasan tahun (T_T), saya habiskan siangnya bersama teman wanita saya yang.. ok, entah keberapa. Tidaklah dapat saya pastikan. Heh. Beliau dengan mulia hati telah membelanja saya dan seorang lagi teman, Balqis makan tengahari di Pizza Hut. Dan aku secara tak bermaruahnya telah meminta seafood lasagna sebagai makanan tambahan, kerana menyangkakan jumlah pembayaran akan dibahagi dua -_- Dan CoolBlog, sebagai mengotakan janji :')


Dan di malam hari.. tak terasa nak dinamakan sambutan tahun baru. Tetapi kalau ditanya, "Sambut tahun baru kat mana?", inilah sambutan kami, cara kami :D


Terbukti, semangat cintakan makanan yang mengalir dalam diri saya mendapat sokongan keluarga besar -_- Nasi lemak, kuey tiow goreng, udang celup tepung, nasi minyak kerja kahwin, kentang goreng, sup ayam dan buah-buahan.



Menonton Maharalawak Mega Akhir.. sila lihat juri jemputan itu =P


Makan malam di rumah ibu saudara, ayah dan angah bagai di rumah sendiri menyelongkar wayar televisyen rumah orang demi menonton MLM Akhir, bersama-sama ;) Saya sangat menghargai waktu-waktu bersama keluarga besar seperti ini :') Walau tak semua ahli keluarga ada, sebenarnya. Dan berkumpul sebegini memang menjadi aktiviti bulanan keluarga Parit Unas-Bakri-Melaka :D




Kalau ada kebaikan, sebarkanlah :D

0 Aksara:

Post a Comment

seronoknya saya kalau dapat kata-kata dari awak :')