Amaran, penulisan berbentuk luahan perasaan.
Cerita bermula bila aku tweet kata-kata yang berbentuk kritikan, seperti..
Tak suka la orang yang begitu begini blablabla.....
Kau ingat kau lawa kau begitu begini blablabla.....
Itu contohlah.
Selang beberapa tweet selepas tweet aku tadi, akan ada tweet dari salah seorang mereka ini yang akan tweet lebih kurang sama dengan tweet aku tapi tapi tapi, soalan yang akan timbul di fikiran aku, "Aku ke ni? Aku ke?!"
Baiklah, ini bukan tweet dari #TerasaKe? mahupun #SoMalaysian.. ok? Ini tweet dari mereka yang aku kenali. Dan aku tahu sememangnya tweet tersebut ditujukan untuk aku. Aku tahu aku bagus dalam hal yang melibatkan naluri rasa. Percayalah... *Muntah*
Aku ambil keputusan untuk unfollow mereka berdua.
Eh? Sebentar! Kalau aku unfollow, mereka masih menerima tweet aku di susur masa mereka.. kan? Dan yang membenci tweet aku adalah mereka.. kan? Keputusan kedua diambil, mereka aku block. Apa aku punya pilihan lain untuk menghalang mereka dari membaca tweet aku? *Tiba-tiba berbahasa seberang..*
Ok. Ini soalan serius. Adakah aku punya pilihan lain selain block mereka bila niat aku yang sebenarnya untuk menghentikan tweet aku berjalan di susur masa mereka? Tolong jawab soalan aku... *Melutut*
Tiba-tiba..
Jujurnya, aku langsung tak terasa menang bila aku block mereka. Cuma aku tak nampak cara lain untuk menghalang tweet aku dari melalui susur masa mereka. *2-3 kali ayat yang sama diulang =='* Jadi, aku anggap tiada siapa yang menang, tiada siapa yang kalah bila aku terlebih dahulu block mereka di Twitter dan FB. Dan untuk pengetahuan, aku belum pernah lagi block sesiapa di FB menggunakan akaun FB aku sendiri. Dan kalau mereka terasa seperti diperlakukan sebegitu, hanya kerana aku tak mengaktifkan akaun FB.
Tetapi mungkin ada yang bodoh di sini..
Siapa yang nak mengaku bodoh, kan? Siapa yang nak mengaku bodoh bila mereka yang terlebih dahulu follow Twitter aku, tetapi mengutuk di sebalik tweet aku, kan? Siapa yang nak mengaku bodoh bila follow akaun Twitter aku, dan unfollow, dan sekali lagi follow tetapi sekadar untuk memandang hina tweet aku, kan? Dan tidak ada sesiapa yang mengaku pandai bila unfollow dan block mereka yang tidak menyukai diri sendiri.. ok?
Dan dari hati yang dalam, aku terasa kosong bila memikirkan kebarangkalian bertemu mereka dalam masa terdekat. Aku boleh berperilaku seperti biasa.. sebab aku tahu apa dalam hati aku.
Aku tak sedihlah.. Aku tahu karma boleh berlaku bila-bila masa sahaja ;p Aku dah terlalu biasa menyakitkan hati teman-teman sendiri, secara langsung mahupun tidak.. Jadi, aku tak terasa kecil hati. Hihihi.
Cuma yang menyentuh hati aku bila mereka memperkecilkan rupa paras aku. Koleksi teman-teman aku dari sekolah rendah sehingga universiti yang terdiri dari mereka yang paling cantik dalam kalangan yang tercantik di kelas/sekolah/rakan sebaya/kumpulan pun tak pernah menghina sebegitu sekali.. Bukan tak sedar diri. Aku terlalu sedar dengan kekurangan rupa paras dan fizikal, tetapi kalau sekadar cakap belakang begitu.. hmm hmm.
Dan yang paling disesalkan, bila dahulu teman-teman aku tak menyukai mereka, aku pernah diam tanda tak bersetuju, tapi hari ini, aku terdiam lagilah nampaknya..
Akhir kata, semoga penulisan aku dibaca mereka.
Kalau ada kebaikan, sebarkanlah :D



sungguh bengong laki itu...tapi bengong lagi yang terasa sebab laki tu x point die pun....hahahaha butthurt !!! hahaha
ReplyDeletesoleheen,
ReplyDeletetu contoh je.tweet kau kemain banyak k kata aku butthurt!takde keja aku nak print screen banyak2 haha.
adeh kes sentap. lelaki ke tu? durh lagi parah
ReplyDeleteDJ,
ReplyDeleteyg lelaki tu emo lebih. yg di-block tu girls la -__-