Akan menjadi semester terakhir saya, di mana saya bakal bergelar pelajar senior berusia 20 tahun. Sobs. Semakin tua dan tua. Pelik, bila umur kita berubah angka depan. Tak boleh lagi tersalah tulis 1 -_-
Subjek-subjek apakah ini? Tidaklah ku tahu -_-
Setelah diperiksa jadual di atas, tarikh-tarikh majlis perkahwinan manusia-manusia penting tidak berlanggar dengan tarikh-tarikh peperiksaan. Kahkahkah ;p
*Sesi meluah perasaan*
Semester baru kali ini terasa seperti pertama kali ke UIA, dengan tempat baru (berpindah dari Nilai ke PJ), dengan ketiadaan teman-teman rapat sebilik (semua sedang menghitung hari untuk ke Gombak). Sobs. Aku sedang kebingungan, entah siapalah yang bakal malang menjadi teman sebilik aku nanti. Haha! Tetapi hidup perlu diteruskan. Patah semangat, putus asa dan semua sifat negatif haruslah ditolak ke tepi. Cewahh! Selamat tinggal blog untuk masa yang lama -_-
Sekali lagi mendapat amanah untuk menjadi fasilitator. Kalau jadual kelas di atas tidak menunjukkan sebarang kelas pada hari Jumaat, tidak untuk kelas tambahan study circle. GRR. Kalau bercakap berlebihan, bimbang ikhlas yang secebis terus hilang. Mungkin ini semua taktik supaya aku tak berkejar-kejar untuk pulang ke rumah setiap dua minggu. Lalala ;p
Dan lagi, minggu pertama semester baru dah diarahkan untuk menyertai Fastrain (Facilitator Training). Hmpfft.
Adapun saat mata-mata kalian membaca karangan ini (kalau ada), aku sudah bertolak pulang.
Percutian indah selama 3 bulan tanpa komitmen sebagai pelajar sudah berakhir, secara rasminya *potong riben* T___T
